Monday 1 February 2016

KELANTAN IKUT LANGKAH MAN UTD DAN LIVERPOOL

kelantan-ikut-langkah-man-utd-dan-liverpool
Kelantan menempa nama dalam arena baru apabila bakal menjadi pasukan bola sepak pertama negara miliki stesen televisyen sendiri.
Berita itu diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Difahamkan stesen atau saluran tersebut akan dilancarkan sebelum pembukaan tirai Liga M 2016.

"Insyallah sebelum liga bermula 13 Februari ini, pasukan Kelantan akan muncul pasukan pertama yang akan melancarkan saluran/stesen televisyen sendiri, tunggu pengumuman rasmi minggu hadapan," katanya menerusi laman Facebook miliknya. 

Bukanlah satu kejutan untuk sebuah pasukan bola sepak miliki saluran/stesen sendiri tatkala kaedah itu diguna pakai pasukan gergasi Eropah seperti LFCTV (Liverpool) dan MUTV (Manchester United).

2016 ternyata menjadi detik baru buat Kelantan selepas ditaja Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

No comments:

Post a Comment